Tak tahu nak makan apa? malas nak masak? mcm nilah kalo dah malas mmg payahla nak memasak.tp kan bukan kita sorang jek yg dok kat umah ni....ade org lain gak.....so nak ke x, kene masak jugala....disebabkan stok lauk xde, saya merajinkan diri masak jemput-jemput dan makaroni utk makan malam famili .
jemput-jemput / cucur / cekodok
bahan-bahan :-
1 cawan tepung gandum (ikut suka, kalau org ramai boleh tambah)
sedikit daun kucai - dihiris
sedikit lobak merah - dihiris halus
sedikit tauge - bersihkan
sedikit lada merah - dihiris halus
sebiji bawang saiz sederhana - dihiris halus
sedikit garam (perasakan)
sesudu serbuk pati ayam (saya gunakan Tumix)
stgh cwn air panas dan air sejuk utk mengadun
cara-cara
campurkan kesemua bahan-bahan hingga sebati. pastikantidak terlalu cair. goreng hingga kekuningan.angkat tos dan hidangkan.
*air panas yang digunakan akan melembutkan cucur dan enak dimakan walaupun sejuk.
Makaroni Goreng Mudah
Secawan makaroni
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
50gm daging cincang
6 tangkai cili kering
sedikit daun kucai
sebiji telur
1 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
garam
serbuk perasa (jika suka)
Cara-cara
Rebus makaroni hingga lembut. Bawang merah, bawang putih dan cili kering dikisar halus. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau. kemudian masukkan daging cincang. Pastikan daging cincang di basuh terlebih dahulu. Tunggu sehingga daging masak kemudian pecahkan telur. Gaul telur hingga hancur. Kemudian barulah masukkan sos tiram, sos cili dan garam. Masukkan makaroni dan daun kucai. Ratakan makaroni dengan bahan tumisan tadi. Hidangkan ikut suka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan